Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ibu Bercinta, Kahwin Dengan...

KES 'haruan makan anak' yang melibatkan bapa dan anak perempuan bukan lagi sesuatu...

10 Juta Orang Dijangka...

PARIS – Kanser akan membunuh hampir 10 juta orang pada tahun ini, kata...

Polis Gempur Pesta Dadah...

KUALA LUMPUR - Polis membongkar aktiviti pesta dadah dan seks di kalangan remaja...

Mazda Motor Indonesia Tutup...

JAKARTA - Syarikat pengedar kenderaan jenama Mazda di Indonesia, PT Mazda Motor Indonesia...

TLDM Selamatkan Nelayan Hampir Lemas Di Lumut

LUMUT – Seorang nelayan hampir lemas selepas terjatuh dari botnya ketika menangkap ikan sebelum diselamatkan dua penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Lumut, berhampiran Pangkalan TLDM Lumut, pagi tadi.

Asissten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat Kapten Azman Rabani berkata dalam kejadian pukul 8.55 pagi itu, mangsa, Tan Ah Seng diselamatkan dua penyelam Kapal Diraja (KD) Sri Indera Sakti iaitu Bintara Muda Norshadaan Ab Ghani dan Laskar Kanan Firdaus Yunus.

Mangsa kemudian diberi rawatan kecemasan oleh anak kapal dan disahkan selamat serta stabil sebelum dibawa pulang oleh nelayan lain pada 12 tengah hari tadi, katanya menerusi satu kenyataan.

Difahamkan, Tan, yang beralamat di Pulau Pangkor, terhumban ke laut akibat kerosakan pada stereng botnya. – BERNAMA

Kategori