Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kes Filem ‘Bocor’, Pekin...

PELAKON dan pengarah lelaki popular, Pekin membuat laporan polis berhubung penyebaran filem arahannya, KL...

Banduan Penjara Marang Larikan...

MARANG - Dengan menggunakan helah untuk ke tandas, seorang banduan lelaki berumur 23...

Pemilik Rumah Urut Tanpa...

KUALA LUMPUR — Seorang pemilik rumah urut didenda RM1,000 atau dua bulan penjara...

KPN Beri Keterangan Perbicaraan...

SEREMBAN - Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini hadir...

Tok Pa Nafi UMNO Mahu Serah Kelantan Kepada PAS

SANGKAL… UMNO Kelantan menafikan dakwaan bahawa kepemimpinan parti konon akan menyerahkan Kelantan kepada PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dakwaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk A Kadir Jasin, itu hanyalah strategi politik.

Ia sengaja dibuat untuk menjatuhkan moral jentera Barisan Nasional (BN) Kelantan dan helah itu ujarnya dilontarkan kerana PRU ke-14 semakin hampir selain taktik pembangkang yang sengaja cetus situasi negatif.

Dakwaan liar oleh A Kadir itu dipercayai konon mahu menunjukkan kepada rakyat Kelantan berlaku pergeseran serius antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Pengerusi BN.

“Pembangkang cuba mengaburi mata rakyat dengan dakwaan sedemikian seperti menunjukkan BN tidak serius untuk menang sedangkan kita bertekad untuk kembali memerintah di negeri ini.

“Saya yakin BN Kelantan mempunyai peluang cerah untuk kembali mentadbir negeri ini berdasarkan perkembangan semasa politik negara. Malah jika ada pertandingan tiga penjuru, ia akan menguntungkan BN.

“Ini kerana akan berlakunya pecah undi pada penyokong pihak pembangkang sendiri, sekali gus bakal memberi kelebihan kepada kami untuk menarik pengundi lain,” katanya pada sidang media semalam.


Terdahulu Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyertai Majlis Ziarah Kasih di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim, dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun.

A Kadir, dalam blognya baru-baru ini, mendakwa Najib membuat keputusan “menyerahkan” Kelantan kepada PAS konon sebagai sebahagian daripada rancangan kerjasama pilihan raya antara UMNO dan PAS.

Beliau mendakwa ia dibuat secara bersendirian tanpa berunding dengan kepemimpinan UMNO Kelantan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin lain, termasuk Mustapa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori