Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dewan Perniagaan Cina Sokong...

KUALA LUMPUR - Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor (DPCKLS) memuji keberanian...

Banjir Di Sabah, Sarawak...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Sabah dan Sarawak beransur reda pagi ini...

Video: Nyanyi Depan Hakim...

MUNGKIN cuma pesalah yang sedang merayu belas ihsan hakim di mahkamah rayuan sahaja...

Wanita Mabuk Kencing Dalam...

APABILA dah mabuk, dunia pun jadi tunggang terbalik. Ini yang berlaku kepada seorang...

Tragedi Hari Keluarga, Budak 3 Tahun Mati Lemas

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama keluarga di sebuah taman tema air di Sungai Petani, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Hafidh Dhabit Hasrul Nizam dari Kodiang datang bersama keluarga untuk sambutan Hari Keluarga tempat bapanya bekerja.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid berkata mangsa bersama tiga adik beradiknya kemudian mandi di kolam sebelum bapa mangsa meninggalkan mereka seketika untuk membeli makanan.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa sedang mandi di kolam sedalam 1.2 meter bersama kakaknya sebelum tiba-tiba tenggelam sebelum ditemui di dasar kolam dan dibawa naik dan diberi bantuan pernafasan kecemasan oleh pengawal kolam.

Saifi, dalam kenyataan, berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani namun disahkan meninggal dunia oleh doktor sebaik tiba di hospital tersebut.


Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan lemas dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – BERNAMA

Kategori