NYANYIAN sumbang ketika program Dahsyat terbitan negara seberang, telah membuatkan penyanyi As’ad Motawh bagaikan trauma dengan kejadian itu.
Kini sekali lagi As’ad mendapat tawaran untuk berduet dengan kumpulan dari Indonesia, Armada bagi membuat persembahan menerusi program MeleTOP baru-baru ini.
Namun menurut penyanyi baharu bernama As’ad Ahmad Muhammad Motawh, 17, kejadian suara sumbang ketika porgram itu berlangsung benar-benar memalukan dirinya dan dia tidak mahu mengambil risiko sekali lagi.
“Baru-baru ini kumpulan Armada ada datang sini untuk promosi dan saya diundang untuk berduet dengan mereka dalam sebuah program bual bicara.
“Saya tolak kerana saya tidak mahu kejadian sama berulang. Saya lebih berhati-hati untuk terima lagu yang saya sendiri tidak bersedia,” katanya dipetik daripada mStar Online.
Bagi penyanyi lagu Senyum itu sendiri, selepas kejadian itu, banyak perkara yang diambil sebagai iktibar untuk masa hadapan.
Bagaimanapun, kejadian suara sumbang itu sedikit pun tidak menggugat atau membuatkan peminatnya dari Indonesia beralih arah.
“Saya sekarang sudah masuk kelas vokal dan menari bagi memperbaiki persembahan saya,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, insiden itu turut tidak meninggalkan kesan buruk dalam karier nyanyiannya yang baru dibina kini.
Tambahnya juga, rezekinya semakin murah selepas kejadian itu ditambah pula dengan sokongan penuh yang diberikan oleh kedua ibubapa sedikit sebanyak dapat menaikkan lagi semangatnya untuk memperbaiki diri.
As’ad kini sedang sibuk dalam perancangan bersama dengan pihak syarikat rakaman untuk menerbitkan album sulungnya yang bakal dimuatkan sebanyak sepuluh buah lagu pada akhir tahun ini.
Tahun 2018 juga merupakan detik penting dalam hdup penyanyi berasal dari negeri Selangor itu perlu mempersiapkan diri bagi hadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hujug tahun ini. – MYNEWHSUB.CC/AH