Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Waktu Mengundi PRK Sandakan...

SANDAKAN - Waktu mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sandakan, diawalkan...

Suspek Pengeboman Texas Letupkan...

PFLUGERVILLE - Penganggur lelaki berusia 24 tahun, yang disyaki menjadi dalang serangan bom,...

Synergy Serah Semula Tanah...

SYUKUR... Synergy Promenade Sdn. Bhd. bakal menyerahkan kembali tanah kontroversi Felda di Jalan...

Wanita Kerat Leher 3...

WASHINGTON (Amerika Syarikat) - Seorang ibu yang ditahan selepas menggelar leher tiga anaknya...

Tuah Gamer! Datang RM10, Balik Dengan Wang RM15K

KUALA LUMPUR – Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia pula ada pada ‘bakat’.

Mungkin ayat ini paling tepat menggambarkan tuah yang diperoleh pemuda ini apabila merangkul juara dalam kejohanan e-sukan Malaysia Cyber Games 2018 (MCG2018) yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Kathireswaran Sugumaran, 24, dari Ampang, Selangor mungkin tidak menyangka dapat membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 selepas mengalahkan Muhammad Luqman Haziq, 21, dengan skor 2-1.

Kejayaan itu dilakar beliau ketika beraksi dalam perlawanan FIFA 18 yang berlangsung sempena program sukan elektronik tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad.

Menariknya, Kathireswaran hanya membawa wang RM10 yang cukup-cukup untuk tambang balik ke rumahnya, namun pulang dengan hati gembira apabila menerima hadiah utama dengan jumlah wang yang sebanyak itu.

Kathireswaran (kanan) bersama Luqman Haziq.

“Saya bawa RM10 cukup untuk pergi dan balik rumah. Saya rasa bertuah dapat bawa balik wang lebih banyak daripada jumlah simpanan yang saya ada.

“Saya dedikasikan kejayaan ini kepada ibu bapa dan semua ini untuk mereka kerana tanpa mereka saya tidak mampu melakukannya,” katanya yang dipetik Projek MMO.

Pelajar kejuruteraan mekanikal itu berkata, kedua-dua ibu bapanya membenarkan dia menyertai e-sukan selepas sedar  kejohanan tesebut dapat membantu dia menunaikan impian hidupnya.

“Pada mulanya bapa kurang memberi sokongan kerana e-sukan masih baru di Malaysia dan dilihat banyak mencuri masa belajar saya.


“Selepas beberapa tahun dan berjaya menang beberapa pertandingan barulah bapa berubah fikiran, ibu pula lebih neutral namun kini semakin bagi galakan.

“Hinggakan kini sudah sampai tahap mereka pula akan marah jika saya main permainan lain.

“Mereka mahu saya capai tahap cemerlang dalam sesuatu permainan dan untuk keazaman itu saya hadiahkan kemenangan ini buat mereka,” katanya yang turut merupakan pemain tegar FIFA sejak 2013 lagi.

Setakat ini RM15,000 merupakan nilai kemenangan tertinggi pernah diraih Kathireswaran yang bercita-cita mahu menjadi jurutera dan gamer sepenuh masa satu hari nanti.

Dalam pada itu lawan yang ditewaskan Kathireswaran, Luqman akan bertolak ke Barcelona, Sepanyol pada Sabtu ini untuk menyertai acara FIFA Ultimate Team Champions Cup.

Luqman memenangi 154 daripada 160 permainan yang disertai ketika ini menduduki ranking ke-49 dunia e-sukan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori