Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Wakil Kementerian Kesihatan...

IPOH - Kementerian Kesihatan tidak mempunyai wakil yang menjual papan tanda larangan merokok...

Kes Tuan Rumah Bunuh...

KEMAMAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga 22 Mac ini,...

Malaysia Kian Hampiri Sasaran...

JAKARTA - Atlet para Malaysia hari ini meraih dua lagi pingat emas pada...

Kerani Ditemui Maut Dibungkus...

PETALING JAYA - Bau busuk di dalam sebuah unit apartmen mendedahkan penemuan seorang...

Tuanku Muhriz Berangkat Ke Majlis Santapan Negeri

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat ke Majlis Santapan Negeri sempena Hari Keputeraan baginda ke-70 di sini, malam ini.

Turut berangkat ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud dan kedua-dua putera baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Datuk Seri Zain Al-‘Abidin.

Keberangkatan tiba baginda diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Turut hadir Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin dan barisan exco kerajaan negeri.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang bersama isteri Datin Seri Siti Zalihan Amin, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Mohamad dalam ucapannya menzahirkan lafaz taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tuanku, untuk terus bersemayam di persada singgahsana menerajui tampuk pemerintahan negeri ini.

“Patik juga ingin menjunjung kasih di atas sudi perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku berangkat mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada 14 Jan yang lalu.


“Istiadat ini amat bermakna dalam konteks hubungan raja dengan rakyat, terutama bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa semua pihak yang telah menabur bakti dan mengharumkan nama negeri dan negara.

“Sesungguhnya, hubungan akrab antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan pacal rakyat yang dizahirkan selama ini telah dapat membolehkan pentadbiran Kerajaan Negeri diuruskan dengan lancar khususnya dalam usaha membangun dan memajukan lagi negeri ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Mohamad berkata pedoman tuanku supaya semua rakyat menghormati kaum dan agama lain perlu sentiasa dijunjung serta dilaksana oleh semua pihak bagi memastikan keamanan dan kemakmuran dapat dikekalkan. – BERNAMA

Kategori