Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Ahli Parlimen Bersidang Tanpa...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Pertama Penggal Ke-14 Dewan Rakyat yang pertama di bawah...

Ku Nan Yakin BN...

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yakin...

Pergerakan Rentas Negeri Ditamatkan

PUTRAJAYA - Pergerakan rentas negeri bagi mereka yang terkandas di kampung ditamatkan semalam.Menteri...

Kes Pukul, Pelawak Dibebas...

SEREMBAN - Pelawak terkenal tanah air yang dipercayai memukul dan menendang seorang pengawal...

Tuntutan Palsu: Pengurus Syarikat Ditahan SPRM

JOHOR BAHRU — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengurus di sebuah syarikat swasta hari ini kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Segamat tiga tahun lalu.

Suspek lelaki berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira 3 petang di pejabat SPRM Johor Cawangan Segamat ketika memberikan keterangan terhadap siasatan kes yang sedang dijalankan.

SPRM dalam kenyataan di sini berkata dari hasil siasatan awal, suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM 8,000 kepada AADK Segamat bagi kerja-kerja pembekalan program-program AADK, walhal kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

SPRM juga telah membuat serbuan di pejabat suspek di Taman Utama Segamat, dekat sini dan berhasil menyita beberapa dokumen berkaitan kerja-kerja pembekalan berkenaan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.


Pengarah SPRM Johor Dato Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. – BERNAMA

Kategori