Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pukul Anak Tak Beri...

CAROLINA Selatan (Amerika Syarikat) - Seorang wanita berdepan tuduhan mendera anaknya kerana berang...

MRSM Beroperasi Seperti Biasa,...

KUALA LUMPUR - Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) beroperasi seperti biasa namun tiada...

Pijak Gambar Najib, Hadi:...

PERBUATAN biadap peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak...

Mengaku Kalah Selepas 16...

Jangan ingat tugas sebagai seorang ibu adalah mudah. Ia terbukti apabila seorang bapa,...

Umat Islam Malaysia Dilarang Lawat Ladang Unta – TH

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) melarang umat Islam negara ini yang mengerjakan haji dan umrah daripada melawat ladang unta berikutan kes jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-Cov) yang dilaporkan baru-baru ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata larangan lawatan ke ladang unta telah dikeluarkan sejak Julai 2015 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan larangan itu masih kekal kepada semua Jemaah Haji Malaysia, selagi virus tersebut masih tidak dapat dikawal sepenuhnya.

Beliau berkata TH dan KKM sentiasa bekerjasama dalam mempertingkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan MERS-CoV kepada bakal jemaah haji serta langkah pencegahan semasa kursus haji diadakan di seluruh negara.

“TH juga telah memastikan tiada program ziarah ke ladang unta di Tanah Suci sejak larangan tersebut dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Johan berkata TH juga menyeru supaya para jemaah haji dan umrah serta syarikat umrah persendirian untuk mematuhi larangan untuk tidak melawat ke ladang unta bagi mengelakkan mereka dijangkiti wabak MERS-Cov. – BERNAMA

Kategori