Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

DAP Kecewa Polis Halang...

PUTRAJAYA - Tindakan polis menggunakan mahkamah bagi menyekat persidangan isu tulisan jawi di...

Emmerson Mnangagwa Angkat Sumpah...

HARARE - Bekas Naib Presiden, Emmerson Mnangagwa akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Zimbabwe...

11 Askar Maut, 7...

MANILA - Serangan udara tentera Filipina bertujuan memerangi militan Islam "Maute" di bandar...

Jokowi Bangga Berbusana Bugis...

JAKARTA - Kisah keceluparan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina etnik...

UMNO P.Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Mahathir

BUKIT MERTAJAM – UMNO Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis susulan pelbagai kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disifatkan cuba mempengaruhi rakyat untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pihaknya mendapati Mahathir, 92, membuat banyak kenyataan yang dilihat cuba mempengaruhi rakyat untuk menggulingkan perdana menteri menerusi proses tidak demokratik.

“UMNO Pulau Pinang mahu polis menjalankan siasatan segera berhubung tindakan dan usaha Mahathir yang ingin menggulingkan perdana menteri seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadapnya (Mahathir).

“Tindakan beliau dilihat sangat berbahaya dan boleh mengganggu-gugat keamanan serta kestabilan politik negara… Sebab itu kami (UMNO Pulau Pinang) hari ini tampil membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini hari ini.

Beliau berkata sepatutnya Mahathir memberi ruang dan peluang kepada Najib untuk menjadi perdana menteri mengikut caranya sendiri kerana setiap perdana menteri ada cara tersendiri untuk memimpin negara.

Musa berkata Mahathir juga harus menerima hakikat zaman pemerintahannya telah berakhir dan beliau juga sepatutnya berlapang dada menerima corak pentadbiran Najib.

Beliau berkata Mahathir perlu akur dengan perubahan yang berlaku serta memberi ruang kepada Najib melaksanakan agenda pembangunannya untuk memacu negara ini ke arah yang lebih maju.

“Sekarang zaman Mahathir telah berakhir jadi biarlah Najib yang mencorakkan pemerintahannya sendiri kerana masing-masing ada cara berbeza. Tak semua pemimpin boleh perintah dengan cara sama.


“Mahathir pun harus ingat beliau jadi pemimpin atas jasa anggota UMNO dan Barisan Nasional jadi janganlah pula apabila tiada jawatan, mula hentam kerajaan dan Najib malah sanggup hasut rakyat untuk gulingkan kerajaan yang ada,” katanya.

Beliau berkata sebagai seorang negarawan, Mahathir sepatutnya harus memperkuatkan UMNO dan membantu parti apabila tidak lagi berkuasa dan bukannya bertindak seperti sekarang yang cuba menghancurkan negara.

“Dulu apabila beliau memecat timbalan perdana menteri yang juga Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami orang UMNO terasa kerana pemimpin kami dilucutkan jawatan tapi kami akur atas dasar menghormati keputusan beliau.

“Tapi sekarang tindakan beliau seolah-olah Anwar menjadi mangsa keadaan dan cuba berbaik-baik pula dengan orang yang dizaliminya suatu ketika dahulu,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

Kategori