Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Lebih RM100j Diperlukan Baiki...

RANAU - Anggaran lebih RM100 juta diperlukan bagi kos keseluruhan membaiki kerosakan bangunan...

2 Lagi Skuad Uniti...

KOTA BAHARU - Dua lagi Skuad Uniti akan ditubuhkan di Kelantan tahun ini...

Anggota Bomba Selamatkan Anak...

SEKUMPULAN anak itik berjaya diselamatkan oleh anggota bomba setelah terjatuh dalam longkang dalam...

Senarai Mangsa Cedera Kemalangan...

JOHOR BAHRU - Berikut senarai mangsa yang cedera dalam kemalangan berbasikal di Jalan...

Umum Anwar Sebagai Calon PM Ke-8 Memalukan

KUALA LUMPUR – Keputusan Pakatan Harapan meletakkan Ketua Umum Pakatan Harapan yang kini dipenjara Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kelapan jika mereka memenangi pilihan raya umum ke-14 adalah satu tindakan yang amat memalukan negara, kata veteran politik Datuk Ibrahim Ali.

Bekas Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata pihak pembangkang seolah-olah membelakangkan undang-undang dan Perlembagaan negara serta kedaulatan Yang Di-Pertuan Agong apabila membuat keputusan sedemikian, apatah lagi dengan yakin mengumumkan Anwar untuk mendapat pengampunan diraja.

“Ia benar-benar satu penghinaan bagi saya, sebab apakah PRU yang kalut ini, akhirnya nak menobatkan bekas banduan sebagai perdana menteri. Adakah ini matlamatnya?

“Di Malaysia luar biasa, banduan belum keluar penjara dinamakan Perdana Menteri. Malaysia Boleh,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Semalam, pakatan DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah), menerusi ‘Muafakat Pakatan Harapan’, menyatakan iltizam mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar sebaik mengambil alih pentadbiran negara.

Langkah itu bagi membolehkan Anwar yang akan dibebaskan pada 8 Jun depan, dapat segera berperanan dalam kerajaan Persekutuan dan kemudian diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan.

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa, seseorang akan hilang kelayakan bertanding PRU sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata beliau pelik melihat calon Pakatan Harapan, seolah-olah mereka tidak mempunyai pilihan lain.


“Akhirnya tiga beranak memerintah, Anwar, isteri dan mungkin nanti anak dia dalam Kabinet. Jadi Malaysia ini kepunyaan Anwar Ibrahim seolah-olah tak ada pemimpin lain yang berupaya dan berwibawa,” katanya dan menambah bahawa kenyataannya bagaimanapun tidak bersifat peribadi, tetapi menegakkan fakta.

Ibrahim, yang juga Presiden Perkasa, berkata melihat kepada perkara berkenaan, beliau tidak hairan sekiranya Pakatan Harapan memerintah negara mereka boleh membuat apa sahaja.

Beliau turut mempersoal pengumuman Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri interim Pakatan Harapan hanya untuk sekitar enam ke 12 bulan, yang dianggapnya tidak relevan sebagai tempoh memerintah sesebuah negara.

“Sakit kaki pun kadang-kadang nak sembuh dua tahun, ini nak memerintah negara enam bulan ke 12 bulan, apa yang dia boleh buat,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori