Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Siasat Segera Kes Penyelewengan...

JASIN – Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka Norhizam Hassan...

Bayi Tanggung Sakit 30...

KOTA BHARU - Seorang bayi lelaki terpaksa menanggung kesakitan lebih 30 minit selepas...

NIOSH Gesa Semua Sekolah...

KUALA LUMPUR - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menggesa pengurusan setiap...

Indonesia Guna Buaya Jadi...

JAKARTA – Bosan dengan masalah rasuah yang sering melanda warden penjara kawalan ketat,...

Usah Hebohkan Perbezaan Pendapat Dalam Parti

ARAU – Pemimpin-pemimpin parti yang berbeza pendapat tidak wajar menghebohkan hal dalaman parti kepada pihak luar atau memberi peluang kepada mereka mengambil kesempatan untuk mengganggu-gugat perpaduan UMNO terutama menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang semakin hampir.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata sebarang perbezaan pendapat atau hal dalaman hendaklah berlegar dalam lingkungan parti sahaja.

Shahidan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Anggota Parlimen Arau, ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada 488 murid Sekolah Rendah Kebangsaan Pauh di sini, hari ini.

Mengenai mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Shahidan berkata perdana menteri meminta program besar-besaran diadakan bagi memberi penerangan kepada rakyat supaya tidak dihidangkan dengan maklumat-maklumat palsu menjelang PRU.

“Kita buat program besar-besaran bukan untuk memaki orang atau mecipta isu tetapi untuk menjelaskan manifesto ke arah membela kehidupan rakyat,” katanya.


Shahidan berkata beliau akan terus melobi supaya tiga universiti awam membuka cawangan di negeri ini bagi menjadikan Perlis negeri ilmu manakala Padang Besar sebagai kawasan bebas cukai seperti Bukit Kayu Hitam di Kedah, selain melaksanakan projek pembangunan ekonomi yang mampu direbut oleh rakyat Perlis. – BERNAMA

Kategori