Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pengarah Syarikat Brother’s Didakwa...

SHAH ALAM - Seorang pengarah syarikat aksesori kenderaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah...

Nubhan Bertunang Dengan Bakal...

PENYANYI kelahiran Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nubhan, 28, dilaporkan telah melangsungkan pertunangan...

IS Sahkan Kematian ‘Jihadi...

BEIRUT - Kumpulan militan IS mengesahkan kematian ektremis British 'Jihadi John', yang dikatakan...

Nilai Syarikat Facebook Lebih...

NEW YORK - Saham Facebook meningkat pada Isnin sekali gus menyebabkan nilai syarikat...

Utamakan Kebajikan Anak Yatim – Raja Muda Perlis

TRANG (THAILAND) – Umat Islam diseru supaya mengutamakan amalan kebajikan kepada anak-anak yatim sebagaimana yang dituntut agama.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah saling memberi dan bersedekah khususnya kepada golongan yang memerlukan merupakan antara amalan yang diperintah Allah.

“Salah satunya adalah dengan menyantuni anak yatim dengan kebaikan yang diwajibkan kepada mereka yang mampu,” titah baginda pada Majlis Menyantuni Anak Yatim di Sekolah Kebangsaan Saparachinee di Trang, (Thailand), Ahad.

Program itu merupakan Anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Persatuan Muslim Trang sempena program Ziarah Mahabbah MAIPs ke wilayah Trang di sini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda-anakanda baginda berdua Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua MAIPs bertitah, pelbagai kebaikan, manfaat dan ganjaran akan diperoleh oleh mereka yang menyantuni anak yatim dengan baik antaranya memperoleh pahala seumpama berjihad di jalan Allah.


“Allah juga akan melimpahkan rezeki dan juga kemuliaan kepada mereka yang menyantuni anak yatim dengan penuh kasih sayang.

“Sebaliknya Allah juga akan menyempitkan rezeki seseorang apabila tidak memuliakan dan berlaku buruk terhadap anak yatim,” titah baginda.

Terdahulu, baginda meluangkan masa beramah mesra dengan guru-guru sekolah serta menyampaikan sumbangan tunai kepada anak-anak yatim di sekolah berkenaan. – BERNAMA

Kategori