Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Keputusan BN Gabung Parti...

KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada BN akan bergabung dengan parti lain sekiranya...

Sekolah Ada Kes COVID-19...

PUTRAJAYA - Sekolah yang ada merekodkan kes positif COVID-19 dalam kalangan pelajar, guru dan...

Pusat Pengumpulan Pertanian RM1.2...

BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meluluskan peruntukan sebanyak RM1.2 juta...

Tambak Laut: Gerakan Tuntut...

GEORGETOWN - Gerakan Pulau Pinang hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang...

Video: Aksi Comel Model Hijab Korea Cuba Durian

BAGI masyarakat di rantau Asia Tenggara, durian merupakan buah yang begitu sinonim dengan kita sejak sekian lama lagi.

Namun bagi segelintir negara di Asia Timur, buah tersebut merupakan satu benda baharu dan perkara pertama yang mereka akan komen adalah baunya.

Di Korea Selatan misalnya, masih ramai rakyatnya yang tidak dapat menerima rasa durian yang dikenali masyarakat Nusantara sebagai raja segala buah ini.

Terbaharu, aksi seorang model Muslimah dari Korea Selatan ini yang buat pertama kali merasai buah durian telah mencetuskan sensasi menerusi media sosial.

Ayana Jihye Moon, 23, ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini malah pernah mendakwa bahawa rasa buah durian tidak begitu ‘sedap’.

“Hai asalamualaikum, saya Ayana dan hari ini saya akan cuba makan durian. Mereka (kakak-kakak saya) minta saya makan durian, jadi saya akan cuba, Bismillah.


“Emmm… Rasa seperti bawang keju dan… Tak sedap!” katanya sambil menunjukkan reaksi muka comel yang kemudian disusuli gelak tawa daripada rakan-rakannya.

Duta produk produk busana Muslimah itu berkongsikan video pendek tersebut menerusi laman Instagram pada Rabu yang hingga kini menerima ribuan komen netizen tempatan dan luar negara.

Apa melucukan, netizen khasnya lelaki mendakwa mereka secara tiba-tiba bergetar ‘tulang rusuk’ ketika menonton aksi manja gadis itu yang bersahaja menjamah durian.

Malah ada yang turut menasihatkan Ayana agar menggunakan tangan ketika menjamah dan jangan terlalu memikirkan bau buah berkenaan yang semamangnya agak kuat. – MYNEWSHUB.CC

Kategori