Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tukar Pesuruhjaya Pas Amalan...

PUTRAJAYA: Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan, tindakan Pas menukar Pesuruhjaya Pas...

Manchester United Juarai Liga...

STOCKHOLM - Manchester United menjuarai Liga Europa selepas menewaskan Ajax Amsterdam 2-0 pada...

Bauksit: Dua Kakitangan PTG...

KUANTAN - Dua kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang mengaku tidak bersalah...

Polis Tahan Guru Yang...

"ABANG silap orang." Itu yang dikatakan seorang lelaki apabila ditahan dua lelaki yang...

Video: Bukan Nak Beli Seluar Tapi Nak Tunjuk Kemaluan

KUALA KUBU BARU – Berhati-hati jika berhadapan dengan individu yang mencurigakan terutama jenis gila seks.

Individu psiko seperti ini tidak mengira tempat asalkan ada peluang untuk melempiaskan nafsu.

Itulah yang dialami seorang pekerja wanita di kedai pakaian Jalan Orkid, Bukit Beruntung, di sini apabila berdepan detik cemas apabila seorang pelanggan lelaki menunjukkan kemaluan tanpa segan silu kepadanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang enggan dikenali itu mengatakan dia pada mulanya ditanya suspek laluan ke ruang pakaian lelaki bagi mencari seluar.

Setibanya di rak pakaian tersebut, suspek tanpa segan silu menggeluarkan kemaluannya sambil menggoyangkan badannya kepada mangsa.

Terkejut dengan perbuatan lelaki itu, mangsa bergegas memaklumkan kepada rakan sekerjanya.

“Saya bimbang dan berasakan lelaki itu cuba melakukan gangguan seksual,” katanya memetik BH Online.

Atas faktor keselamatan, mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa untuk tindakan lanjut.


Sementara itu pemilik premis  tersebut berkata, perbuatan jijik lelaki terbabit turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya sebaik sahaja dimaklumkan, dia menghampiri lelaki itu dengan sebatang kayu sambil bertanya apa tujuannya dan lelaki itu mendakwa mahu mencari seluar.

“Lelaki itu tidak mengaku perbuatannya dan berpura-pura mahu beli seluar dengan harga RM20 dan beredar beberapa minit kemudian.

“Saya hanya bimbang lelaki itu mengulangi perbuatan berkenaan kerana ia bukan kali pertama ia berlaku,” katanya.

Rakaman kejadian berdurasi 40 saat itu turut tersebar di laman sosial Facebook (FB) selepas ia dimuat naik seorang pekerja premis terbabit namun dipadamkan tidak lama kemudian selepas lelaki berkenaan kembali ke kedai itu dan mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori