Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Isu Ulat: SPAD Mahu...

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akui tindakan tegas boleh dikenakan...

Khidmat Penjimatan Oleh Sindiket,...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan pengguna supaya berwaspada dengan tawaran perkhidmatan...

Kisah Makcik Paruvathy, Pekerja...

APA yang anda akan lakukan jika terjumpa sejumlah wang depan mata? Bukan setakat...

Twitter Perkenal Fungsi “Highlights”...

TWITTER sebelum ini telah menawarkan fungsi yang membolehkan pengguna melihat sebarang tweet popular yang...

Video: “Hang Lompat, Hang Lompat Sampai Mampus”

MACAM-MACAM… Tindakan seorang remaja yang menyamar sebagai hantu pocong akhirnya mengundang padah apabila dia dan seorang lagi lelaki dipercayai rakannya ditahan polis.

Menurut sumber yang dipetik laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, dua remaja terbabit merancang berbuat demikian bagi tujuan bergurau dan menakutkan pengguna jalan raya di Bukit Pinang, Kota Setar, Kedah.

Orang ramai khusus penduduk di kawasan terbabit akhirnya membuat aduan kepada pihak polis selepas dilaporkan sering menjadi mangsa gangguan pocong ‘jadian’ berkenaan.

Berdasarkan beberapa klip rakaman video yang tular, remaja yang dibaluti kain putih itu disuruh melompat tanpa henti akibat perbuatannya yang tidak bertanggungjawab itu.

“Lompat sampai mampus! Nak sangat kacau orang. Hang lompat! Lompat!” demikian tegas dua lelaki yang dipercayai anggota polis peronda yang menahannya semalam.


Sementara itu di media sosial, netizen menganggap perkara itu menggelikan hati mereka, selain mengatakan hukuman yang diterima sepadan dengan perbuatan mereka.

“Stamina yang tinggi untuk menjadi pocong. Kipidap pocong, mohon loncat sampai selatan tanahair,” tulis Fendi Zainol.

“Selaku Presiden Pocong Seantero Dunia, dengan ini saya menafikan bahawa pocong dalam video ini adalah ahli persatuan kami,” kata Kail Sejengkal.

“Dah dapat habuan dah. Kena denda dengan polis melompat tak berhenti sampai ke balai 😆,” tulis Sahbanu Senawi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori