Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kisah Iktibar Dijajah Akibat...

TINGGAL 22 hari sebelum hari pengundian. Baki lima ratus jam untuk rakyat Malaysia...

Kecurian Motosikal Antara Jenayah...

JOHOR BAHRU - Kecurian motosikal dilaporkan antara kes jenayah paling tinggi direkodkan di...

Warisan Mungkin Tanding Solo...

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membayangkan...

Polis Mahu Jamal Beri...

KAJANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk...

Video: Hisap Rokok Ketika Cikgu Tengah Mengajar…

SEKOLAH merupakan medan di mana anak-anak datang untuk menimba ilmu dan hampir separuh daripada masa mereka akan dihabiskan di dalam kelas.

Jadi sudah menjadi lumrah buat guru-guru apabila berdepan dengan segelintir murid yang berperwatakan degil dan nakal.

Namun lain pula ceritanya di Singapura apabila aksi dua pelajar yang dirakam selamba menghisap rokok di dalam kelas telah mencetuskan kecaman ramai menerusi laman sosial.

Menerusi rakaman pendek berdurasi 25 saat, pelajar lelaki terbabit dilihat mencucuh api dan kemudian menghembuskan asap rokoknya ketika guru sedang sibuk mengajar di depan kelas.

Tidak cukup dengan itu, murid perempuan yang berada di hadapanya pula mengambil rokok berkenaan lalu dihisap sambil mengangkat sebelah kaki di atas kerusi.

Mereka juga seakan tidak merasa takut dengan perbuatan biadab itu sebaliknya berseronok ‘berasap’ bersama rakan-rakan.


Jelas perbuatan kedua-dua pelajar itu sudah terlampau biadap dan sama sekali tidak menghormati guru mereka yang sedang mengajar.

Sementara itu, netiezen rata-ratanya melahirkan kebimbangan dengan akhlak dalam kalangan remaja masa kini dan menyarankan agar para pelajar terbabit dihukum dengan tindakan disipilin yang berat.

Dude, aku nak makan curi-curi dalam kelas pun dah takut nak mampus, inikah pulak hisap rokok!” tulis @YusofAdle.

“Budak-budak sekarang bangga buat benda macam ni, esok lusa kerja kilang aje bangga la jugak plis,” tulis @nmrbs.

“Cikgu pun tak boleh buat apa, kang tegur sikit kena saman, kena masuk court, mak bapak bebal manja anak sangat!” kata @MiraRahim.

Kategori