Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sukan Asia: OCA Pilih...

INCHEON - Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia (OCA), hari ini meluluskan keputusan pemimpinnya...

TV AlHijrah: Air Mata...

#islamisfirstclass dan #penghijrahanfenomena merupakan kempen terbaharu yang dimainkan oleh stesen TV Islamik pertama...

Jokowi Kutuk Serangan Pengganas...

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo mengutuk sekeras-kerasnya insiden letupan bom yang berlaku di enam...

Shabery Cheek Jumpa Warga...

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan...

Video: Lelaki Kunyit Tampar, Pukul Pelajar Perempuan

SATU rakaman video memaparkan seorang lelaki ‘kunyit’ menampar bertubi-tubi seorang pelajar perempuan kini tersebar meluas di laman sosial.

Menerusi klip video tersebut, gadis yang lengkap berpakaian sekolah itu dimaki dengan kata-kata kesat dan kemudian ditampar berkali-kali oleh lelaki sotong tersebut.

“Ini baru sikit tau,  pu*****, apesal kau cerita dekat cikgu?  Kau main gila dengan aku kan,” ujar lelaki berkenaan.

Mangsa bagaimanapun cuba memberikan penjelasan kepadanya namun ia bukan sahaja tidak diendah, malah wanita berkenaan turut ditolak ke dinding dan rambutnya ditarik.

Video berdurasi satu minit 30 saat itu sekaligus menimbulkan reaksi kurang senang netizen yang menyifatkan tindakan si sotong tersebut biadap dan menjatuhkan maruah wanita.

Bro, walau kau kunyit, perempuan bukan tempat untuk dikasari bro, bukan tempat untuk lepaskan amuk, kim k,” tulis Fidaus Putra.


“Kunyit ni dekat perempuan berani ler, cuba gaduh dengan lelaki, dah jadi lauk dah kot dia ni,” Kata Safarah Razlan.

Sehingga kini maklumat mengenai tarikh dan lokasi kejadian tersebut masih lagi tidak diketahui.

Namun segelintir netizen mengatakan ia dipercayai merupakan insiden tahun lalu yang kemudian dikongsikan semula di laman Facebook. -MYNEWSHUB.CC

Kategori