Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Panduan Keselamatan Main Pokemon...

POKEMON Go, sejak diperkenalkan pada Julai, ternyata mengundang kontroversi apabila ada pihak memuji manfaat...

Jualan Kereta Pada 2014...

KUALA LUMPUR - Industri kereta Malaysia mencatat jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 666,465...

Covid-19, Perubahan Iklim Ubah...

PUTRAJAYA - Pembangunan mampan dan teknologi hijau berperanan penting dalam menerajui ekonomi negara...

Gigi Hadid Bertudung Dalam...

SUPERMODEL antarabangsa, Gigi Hadid menjadi penghias muka hadapan Vogue Arabia yang pertama untuk...

Video Menembak Tersebar, Hairul Dipanggil Polis

KESILAPAN yang dilakukan oleh pelakon filem Polis Evo 2, Hairul Azreen pada dua tahun lalu telah memberi pengajaran yang besar kepada dirinya.

Hari ini, Hairul Azreen Idris yang juga merupakan suami kepada pelakon cantik manis, Hanis Zalikha telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah bagi memberikan keterangan.

Ia berhubung insiden dia melepaskan tembakan menggunakan senapang patah tanpa mempunyai lesen. Kejadian itu berlaku pada 2016 lalu ketika Hairul berkunjung ke rumah bapa saudaranya di Kampung Parit Jeram.

Hairul pada mulanya sekadar ingin mencuba untuk menembak kera di belakang rumah bapa saudaranya itu dengan menggunakan senapang patah jenis SK500.

“Ini pengajaran kepada saya dan juga orang lain yang tidak tahu ia satu kesalahan. Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu rakam gambar (sambil pegang senapang dan menembak), salah di sisi undang-undang.

“Saya banyak berlakon dalam filem aksi. Jadi, saya mahu rasa pegang sendiri. Apabila diberitahu polis sebentar tadi, ini pengajaran buat saya dan kesilapan yang saya tak akan saya ulangi lagi.

“Alhamdulillah, saya dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dipetik daripada BH Online.

Bagaimanapun, Hairul tidak menyangka bahawa kejadian dua tahun lalu itu akan tersebar pada hari ini serta terkejut ianya turut tersebar luas menerusi media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Benda nak jadi, hendak buat macam mana? Bagaimanapun, sesi memberi keterangan sebentar tadi berjalan lancar dan polis banyak menerangkan mengenai perkara yang saya tidak tahu, dan kebanyakannya perihal undang-undang,” tambahnya lagi.


Pihak polis telah menahan reman pemenang Fear Factor Malaysia itu sebelum dia dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas solat Jumaat tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, bapa saudara Hairul turut merupakan pemegang lesen senjata itu dan dia juga hadir ke balai bagi siasatan lanjut bersama dnegan Hairul.

Video Menembak Tersebar, Hairul Dipanggil Polis

“Hasil siasatan awal berdasarkan keterangan diberikan bapa saudaranya mendapati bapa saudaranya itu ingin menembak kera di ladang sawit di belakang rumahnya.

“Hairul yang ketika itu pulang ke kampungnya ingin cuba senapang itu dengan melepaskan dua das tembakan ke udara dan aksi itu disaksikan beberapa ahli keluarga dan rakannya,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Selain itu, warga emas yang berusia 70 tahun itu bekerja sendiri di kampungnya dan turut menjadi pemegang lesen senapang tersebut sejak 40 tahun yang lalu.

Selain itu, pihak polis turut rampas senapang patah tersebut dan sebanyak 29 butir peluru yang dimilikinya pada pagi tadi sebelum mereka dibebaskan semula setelah hampir dua jam beri kenyataan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori