Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Rakyat Pahang Terima Sultan...

BERSEJARAH... Rakyat Pahang secara rasminya akan menerima ketua negeri yang baharu apabila Sultan...

Harga Runcit Petrol, Diesel...

KUALA LUMPUR : Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah...

3 Penjenayah Geng Samun...

BATU CAVES - Tiga penjenayah yang disyaki aktif melakukan samun ke atas pelanggan...

MCA Tak Gentar Pertandingan...

KOTA BHARU - MCA tidak gentar untuk berdepan pertandingan tiga penjuru pada pilihan...

Video: Nyaris… Nyaris Tak Kena Sodok!

MELINTAS tanpa melihat kiri dan kanan ketika menyeberangi jalan raya bukan saja mengundang padah pada diri, malah turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Begitulah nasib yang menimpa seorang pemandu apabila berdepan detik cemas kerana nyaris terlanggar seorang pejalan kaki dalam satu kejadian unik di di Singapura baru-baru ini.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka atau dashcam bertarikh 6 Januari lalu, ia menunjukkan mangsa yang dikenali Phang Yu Kang, pada mulanya sedang memandu di sebuah lebuh raya menggunakan lorong kanan.

Bagaimanapun secara tiba-tiba, muncul kelibat pejalan kaki terbabit yang dilihat baru saja mengelak daripada dilanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Mujurlah Kang sempat mengelak, jika tidak pejalan kaki itu pasti sudah melayang dirempuh keretanya.


Rakaman yang kemudian dimuat naik di laman Facebook itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji tindakan cekap Kang ketika memandu.

Tidak kurang juga netizen yang melahirkan kekesalan berhubung sikap tidak bertangungjawab pejalan kaki itu yang jelas menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

“Mujur tiada kenderaan lain di sebelah laluan anda, saya rasa anda mungkin terkucil ketika sedang gelak si bebal ni,” tulis seorang pengguna Facebook. – MYNEWSHUB.CC

Kategori