Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Musim Tengkujuh Tingkat Pendapatan...

KEMAMAN - Rezeki musim tengkujuh membawa keuntungan kepada Mohd. Ramdhan Ramlee apabila ikan...

Pertemuan KKM Dan Kumpulan...

BERA - Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan anti...

Alvin Chow Mengaku Hina...

KUALA LUMPUR - Lelaki yang mencetuskan kontroversi kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan...

Ismail Sabri Bagi Keterangan...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri...

Wan Azizah Minta Pakatan Kekalkan Tradisi

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meminta Pakatan Harapan mengekalkan tradisi parti itu.

Dakwa beliau, tradisi itu adalah berunding dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis masyarakat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya gesa semangat permuafakatan dipahat dalam Pakatan Harapan dengan mengenepikan kenyataan melampau dan terlanjur,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Beliau membuat kenyataan itu selepas kontroversi besar sekali lagi melanda Pakatan Harapan berhubung soal kepimpinan.

Ia ekoran Tun Dr. Mahathir Mohamad dicanangkan sebagai Perdana Menteri Pakatan Harapan jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14.

PKR dalam satu kenyataan menafikan perkara itu dengan menegaskan Pakatan Harapan masih meneruskan agenda reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pakatan Harapan pada awalnya dibarisi PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dengan DAP selaku ketua sebelum Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang ditubuhkan Mahathir menyertainya.

Mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu kemudian diberi `fast track’ menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dengan sokongan kuat DAP serta PAN.


Mahathir dipancing menyerrtai pembangkang untuk dipergunakan bagi menarik sokongan orang Melayu kepada pembangkang termasuk DAP.

PAS semalam bagaimanapun meminta umat Islam tidak mengundur ke belakang dengan cuba mengembalikan pemerintahan Mahathir.

Pada PAS Mahathir jelas mempunyai rekod kurang baik terhadap agenda Islam sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

“Usah diharap seorang yang mempunyai rekod yang kurang baik terhadap agenda Islam seperti menghapuskan geran perkapita sekolah agama rakyat untuk kembali ke tampuk pemerintahan. Usah undur ke belakang,” kata PAS.

PAS turut mengingatkan tentang ungkapan menghina Islam seperti kalau potong tangan dilaksanakan maka kudung semua tangan orang Islam dan kalau laksanakan hukuman rejam, maka habislah batu di jalanan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori