Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kamal Adli Nafi Punca...

HAI, kesian sungguh nasib Kamal Adli yang tak pasal-pasal dituduh sebagai orang ketiga...

Gimik Anwar Dakwaan Dapat...

PETALING JAYA - Pemimpin UMNO meragui pengumuman Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang mendakwa...

Guna Khidmat Pemain Sepak...

KUCHING - Isu pasukan sepak takraw wanita Sarawak menggunakan khidmat tiga pemain Indonesia...

Mahathir Layak Digelar Bapa...

LAYAK... Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi...

Wani Kayrie Jalin Cinta Dengan Pemain Felda United?

PELANTUN lagu Aku Suka Kamu, Wani Kayrie mengakui terkejut apabila hubungannya dengan pemain bola sepak kelab Felda United, Danial Amier menjadi bualan hangat netizen dan peminat.

Ekoran itu, penyanyi berusia 18 tahun ini dilihat tampil dan menjelaskan bahawa ‘kisah cinta’ mengenai hubungan mereka tersebut hanyalah sekadar gosip semata-mata.

Pun begitu, Wani mengakui bahawa mereka sememangnya kerap bertanya khabar menerusi laman sosial.

“Saya berkawan dengan Danial sejak tahun lalu tapi tak ada apa-apa hubungan istimewa pun. Tak tahu macam mana boleh timbul gosip cinta tersebut. Sejujurnya, kami tak pernah bertemu lagi.

“Kami lebih banyak berbual di aplikasi Whatsapp sahaja. Saya rasa gosip ini timbul kerana kami sering berbalas komen di Instagram. Sebab tu orang fikir kami bercinta,” katanya dipetik mStar Online, hari ini.

Pemain Bola Sepak Kelab Felda United, Danial Amier.

Dalam pada itu, anak jati kelahiran Selangor ini turut menolak dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia hanya berminat dan ‘mengejar’ golongan pemain bola sepak sahaja.

Kata Wani, dia berkawan dengan semua orang tanpa mengira latar belakang dan tidak tolak jika dijodohkan dengan pemain bola.


“Mereka yang tegur di Instagram dan kata nak berkawan, saya okay sahaja. Sebab saya tak kisah berkawan dengan semua orang.

“Soal jodoh, jika sudah tertulis saya bakal mengahwini seorang pemain bola sepak, saya terima sahaja.

“Cumanya buat masa ini saya belum terfikir lagi soal untuk mendirikan rumah tangga kerana saya masih muda dan perjalanan masih jauh,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori