Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PBNP Terkejut Dengan Tindakan...

KUANTAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) terkejut dengan keputusan Persatuan Bola...

Tiada Lagi Ambil Hasil...

SEMBARANG aktiviti mengambil hasil hutan dan pasir di Melaka akan dihentikan bermula 1...

Pemakaian Pelitup Muka Belum...

MELAKA : Kerajaan negeri akan terus memantau peningkatan kes Covid-19 di Melaka sebelum...

Mekanik Disamun Di Bentong,Porsche...

KUANTAN - Seorang mekanik kerugian wang tunai RM15,000 dan kereta Porsche Cayenne V6...

Wanita Batuk Sampai Patah Tulang Rusuk

SEORANG wanita warga emas yang berusia 66 tahun, yang menghidap selesema, terkejut selepas dimaklumkan oleh doktor bahawa tulang rusuknya patah akibat batuk yang terlalu kuat.

Wanita yang tidak dinamakan itu menemui doktor selepas mengalami rasa sakit di bahagian kanan badannya selain lebam yang teruk.

Selepas imbasan Xray dilakukan barulah diketahui bahawa dia mengalami patah tulang rusuk dan batuk itu juga mengakibatkan hernia pada dinding dadanya.

Sebelum itu dia mengalami batuk selama dua minggu. Kes berkenaan telah diterbitkan dalam New England Journal of Medicine.

Wanita yang berasal dari Massachusetts, pada awalnya disahkan mengidap jangkitan pernafasan yang mengakibatkan selesema. Namun keadaannya tidak berubah walaupun telah bertemu doktor.

Dia juga didapati positif batuk kokol walaupun telah diberikan vaksin lapan tahun lalu. Batuk kokol adalah jangkitan bakteria pada paru-paru.


Simpton batuk kokol sama seperti selesema iaitu hidung beringus, mata berair, sakit tekak dan suhu badan yang naik dan turun.

Batuk kokol amat berbahaya kepada bayi dengan satu daripada 500 bayi yang menghidapnya menemui maut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori