AJAL… Seorang wanita yang sarat mengandung meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbitnya yang dicas ketika dia sedang mandi di dalam tab.
Wanita yang berusia 21 tahun dari Perancis itu hanya dua minggu dari tarikh jangkaan melahirkan anak. Suaminya menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Lelaki itu menghubungi paramedik namun mangsa gagal diselamatkan.
Mangsa dan suaminya itu bagaimanapun tidak didedahkan identiti.
Pihak berkuasa masih menyiasat kejadian terbabit. Tidak diketahui bagaimana punca renjatan itu boleh berlaku.
Sementara suaminya terpaksa dibawa ke hospital selepas terkejut dengan kematian isterinya. – MYNEWSHUB.CC