Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Video: Oh… Iklan Minuman...

SEJAK minggu lalu, tular di media sosial mengenai satu babak video unik memaparkan kelibat...

Warga Nepal Didakwa Bunuh...

TELUK INTAN - Seorang pekerja kilang kelapa sawit warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah...

JBPM Kedah Keluar 200...

ALOR SETAR - Sebanyak 200 notis pelbagai kesalahan berkaitan aspek keselamatan kebakaran telah...

KTMB Beri Diskaun Tambah...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberi diskaun tambang 50...

Wanita Maut Selepas Makan Tiram Mentah

SEORANG wanita meninggal dunia dalam keadaan tragis, iaitu dijangkiti bakteria pemakan daging selepas makan 24 tiram mentah di sebuah pasar di New Orleans.

Jeanette LeBlanc, 55, makan tiram terbabit bersama kawan-kawan dan keluarganya pada bulan Septmber lalu.

Tidak lama kemudian keadaan Jeanette menjadi teruk dan disangkanya mengalami alahan.

Menurut rakannya, Karen Bowers, dalam masa 48 jam, Jeanette mula mengalami masalah pernafasan manakala kakinya dipenuhi ruam dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Akhirnya doktor memaklumkan bahawa wanita itu dijangkiti bakteria terbabit hingga mengakibatkan kakinya mengalami luka yang teruk.


Jeanette bertarung nyawa selama 21 hari sebelum menghembuskan nafas pada 15 Oktober tahun lepas.

Kini Bower mahu orang ramai berhati-hati dengan keadaan tersebut serta risiko yang dialami jika makan makanan laut yang mentah. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • tiram

Kategori