Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

1,767 Kes Baharu COVID-19

PUTRAJAYA - Jumlah kes baharu COVID-19 mencatatkan 1,767 kes hari ini menjadikan jumlah...

Pilih “Dacing” & Malaysia...

KUALA LUMPUR - Semua mata tertumpu terhadap individu penting hari ini, Datuk Seri...

3 Sekeluarga Maut Rumah...

PETALING JAYA - Tiga sekeluarga maut termasuk seorang daripadanya rentung ekoran terperangkap dalam...

Najib, Anak Dibenar Tangguh...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak dan...

Wanita Perancis Paling Bahaya Ditahan Di Syria

PARIS – Seorang wanita Perancis, yang disenarai hitam Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kerana rekrut anggota untuk kumpulan militan Daesh, ditahan tentera Kurdish di Syria.

Ibunya memberitahu akhbar Ouest-France, bahawa Emilie Koenig, 33, ditahan di kem Kurdish dan sedang disoal-siasat, selain diseksa pemberontak itu.

Anak kepada anggota polis Perancis di Rennes dekat sini itu dikatakan memasuki Syria pada 2014 dan melahirkan tiga anak di negara itu.

Dia berada di dalam senarai PBB sebagai anggota militan paling berbahaya dan setahun kemudian AS turut menyenaraikannya sebagai pengganas.

Koenig memeluk Islam selepas mengahwini suami pertamanya, lelaki rakyat Algeria yang kemudian ditangkap kerana mengedar dadah.

Beliau kemudian belajar bahasa Arab dan menukar namanya kepada Samra serta mula memakai tudung.


Dia pergi ke Syria bersama pasangan baharunya yang kemudiannya dilaporkan terbunuh.

Menurut ibunya lagi, Koenig mahu kembali ke Perancis untuk memohon maaf kepadanya, keluarga, rakan dan negara. – AFP/BH ONLINE

Kategori