WANITA ini, Anastasia telah diserang dengan ganas di sebuah kelab malam hingga memaksanya mendapatkan rawatan di hospital.
Malangnya ketika dia ke hospital, Anastasia terkejut kerana rupa-rupanya penyerang tersebut adalah doktor yang merawatnya.
Lebih mengejutkan ialah apabila doktor itu, Vladimir Naumov kemudiannya menyerang Anastasia sekali lagi.
Nasib baik insiden itu dirakamkan. Kejadian ini berlaku di sebuah hospital di Neryungri di timur Rusia.
Ketika Anastasia duduk di kerusi, Vladimir naik berang lalu meninggikan suaranya. Dia kemudian menumbuk meja dan cuba menyerang Anastasia, namun nasib baik dileraikan oleh jururawat.
“Ramai saksi di sini akan membuktikan yang kau mula-mula serang aku,’’ kata Vladimir sambil mengugut bahawa Anastasia akan berdepan hukuman penjara jika membuat aduan mengenainya.
Walaupun wanita itu mendiamkan diri tetapi Vladimir cuba bangun dan mahu mencederakanya.
Anastasia dipercayai ke hospital berkenaan bagi merekodkan kecederaan yang dialaminya supaya dia boleh membuat laporan polis berhubung serangan di kelab malam itu.
Dalam pada itu, Vladimir yang merupakan doktor kanan di hospital tersebut telah dibuang kerja.
Pihak berkuasa tidak menerima penjelasannya bahawa dia mempertahankan seorang bidan di kelab malam itu daripada diserang wanita tersebut.
“Saya tidak boleh melihat sahaja. Mana-mana lelaki akan cuba menghentikan pergaduhan itu,’’ kata Vladimir. – MYNEWSHUB.CC