Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

UMNO Johor Ambil Alih...

JOHOR BAHRU : UMNO Johor akan mengambil alih pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru...

2 Lelaki Didakwa Terima...

TAIPING - Dua lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Guru Bertugas Luar Kawasan,...

PUTRAJAYA – Pemberitahuan untuk ‘merehatkan’ murid atas alasan guru bertugas di luar kawasan...

Calvin Harris Move On,...

PENERBIT dan DJ terkenal, Calvin Harris dilaporkan sudah 'move on' dan melupakan bekas...

Warga Emas Didakwa Rangsang Anak Tiri

MELAKA – Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan merangsang anak perempuan tirinya, 17 tahun lepas.

Tertuduh yang berusia 66 tahun itu didakwa melakukan kesalahan terhadap mangsa yang ketika itu berumur 8 tahun di sebuah rumah di Tangga Batu, Tanjung Kling di sini pada 8.30 malam, 19 Ogos 2001.

Lelaki itu yang ditangkap pada 22 Jan lalu, didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Norma Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Ruvinna Mohd Rawi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori