Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Rompak Mandat Rakyat Lebih...

PARTI Keadilan Rakyat (Keadilan) Selangor merujuk kepada kenyataan YB Dato' Seri Mohamed Azmin...

Safiey Ilias Satu Penghijrahan...

SIAPA sangka cerita "si pondan" yang mahu kembali menjadi lelaki ini menjadi cerita...

PM Umum 4 Khabar...

SYUKUR... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan empat khabar...

Wenger Kritik Perpindahan Alexis Sanchez

HANYA kerana wang, demikian dakwa Arsene Wenger mengenai perpindahan Alexis Sanchez ke Manchester United.

Pengendali The Gunners itu juga berpandangan pemain berusia 29 tahun itu ke Old Trafford untuk memastikan kerjayanya dalam bidang itu semata-mata kerana wang, malahan Manchester City juga tidak dapat memenuhi permintaanya.

Sanchez meninggalkan Arsenal selepas memperoleh kontrak bernilai ÂŁ400,000 seminggu untuk tempoh perjanjian empat setengah tahun.

Perjanjian yang ditandatangani ini meletakkan Sanchez sebagai pemain yang menerima bayaran terbaik di Liga Perdana Inggeris.

“Saya tidak faham kenapa ada pemain yang mahu meninggalkan Arsenal, tetapi selama 30 tahun mengendalikan proses perpindahan pemain, saya banyak belajar mengenai pelbagai tingkah laku manusia.

“Sebagai profesional, saya terima perpindahan ini dan melepaskan dia. Selepas itu kami juga menilai kebaikan dan keburukannya.


“Kami telah lakukan apa yang sepatutnya dibuat dan cuba sebaik mungkin, malahan Manchester City juga tarik diri sekali gus membuktikan kami tidak berpeluang untuk merangka kontrak baharu untuknya,” katanya.

Malahan, kata Wenger, perpindahan Sanchez itu diharap dapat membentuk pasukan yang lebih kukuh menjelang musim baru ini.

Arsenal kini akan melengkapkan perjanjian dengan Henrik Mkhitaryan dari Manchester United, selain mendapatkan khidmat Pierre-Emerick Aubameyang dari Borussia Dortmund. – Mirroruk/mStar Online

Kategori