Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tahukah Anda Siapa Bersih,...

MAKKAH - Cium Hajar Aswad menjadi impian setiap jemaah haji atau umrah, disebabkan...

Hampir Setengah Juta Saman...

KUALA LUMPUR - Hampir setengah juta saman dikeluarkan Polis Trafik Kuala Lumpur kepada...

Suspek Lelaki Pernah Bekerja...

ALOR SETAR - Bapa wanita berusia 21 yang meninggal dunia dipercayai akibat didera...

Pencemaran Toksik: 395 Pesakit...

KUALA LUMPUR - Seramai 395 orang pesakit direkod mendapatkan rawatan setakat pukul 12...

Wujud Penyeragaman Terancang TVET Awam, Swasta

IPOH – Gabungan Institut Latihan Kemahiran Swasta Bumiputera (GILKSB) meminta kerajaan agar mewujudkan penyeragaman terancang sistem Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (TVET) di pusat latihan awam dan swasta.

Pengerusi GILKSB Nordin Abdul Malek berkata pihaknya melihat penyeragaman itu perlu dilaksanakan bagi memastikan matlamat asal kerajaan yang mahu menjadikan TVET sebagai inisiatif dalam melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi tercapai.

“Kenapa perlu ada perancangan antara awam dan swasta. Ini kerana ada bidang tertentu yang kerajaan tidak boleh buat secara sendiri tetapi swasta boleh. Malah, gabungan peringkat awam dan swasta mampu menjimatkan kos atau masa kerajaan.

“Kerajaan perlu fokus untuk memberi peluang kepada belia yang mengikuti TVET berbanding aspek pengurusan kerana walaupun berbilion ringgit kerajaan belanja, kekangan kewangan tetap wujud,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga perlu merancang terlebih dahulu bidang kerja yang perlu diberikan keutamaan dalam program TVET bagi memastikan masa depan pelatih terjamin.

“Kerajaan perlu sasarkan apa akan jadi dalam masa 10 tahun akan datang, fikirkan bidang kerja yang sesuai untuk pelatih belia kita,” katanya.


Selain itu, beliau berkata kerajaan juga perlu menyelaraskan semula program TVET dengan kadar segera agar tiada lagi permasalahan timbul membabitkan program berkenaan.

“Bagi saya, tindakan segera perlu dibuat. Kita lihat 10 tahun kebelakangan ini, banyak kecelaruan berlaku akibat tiada penyelarasan. Kita banyak mengulangi peristiwa sebelum ini.

“Kami bukan sahaja menerima rungutan daripada pusat latihan swasta tetapi juga sekolah-sekolah harian, pusat latihan awam dan institusi pengajian tinggi yang turut melaksanakan TVET,” katanya. – BERNAMA

Kategori