Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tembak Dua Lelaki, Tunjuk...

SRINAGAR: Beratus-ratus penunjuk perasaan menyekat lebuh raya utama yang melalui wilayah sempadan India...

Amaran Ribut Petir, Hujan...

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang...

SPRM Nafi Mas Ermieyati...

PETALING JAYA - Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Kota menafikan dakwaan Ketua UMNO Bahagian...

Pejabat Hospital Mata Di...

GEORGETOWN - Ruang pejabat di tingkat dua bangunan hospital pakar mata swasta di...

Zahid Berpuas Hati CMC Beroperasi Sepenuhnya

PUTRAJAYA – Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC), yang dihoskan Malaysia, beroperasi sepenuhnya sejak sebulan lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata setakat ini, beliau berpuas hati dengan operasi pusat itu yang turut menjalinkan koordinasi dengan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT), iaitu agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Luar.

“Kita juga akan bekerjasama dengan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP). Ertinya, kita tidak bergerak dan beroperasi secara silo.

“Semua maklumat akan disalurkan kepada Aseanapol (Polis ASEAN) dan Interpol (Polis Antarabangsa) supaya senarai suspek yang ada atau sebarang data diperoleh dapat diberikan kesiapsiagaan di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita pada majlis kesyukuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata CMC mempunyai kepakaran mencukupi dan maklumat yang diperolehnya sedang dan terus dipantau bagi memastikan tiada unsur keganasan, ekstremisme atau militan di negara ini.

Ahmad Zahid berkata walaupun CMC tidak beroperasi sepenuhnya sebelum ini, namun ia telah mencatat kejayaan yang membawa kepada tangkapan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan, ekstremisme dan militan.

“Tangkapan-tangkapan yang dibuat sebelum ini adalah hasil daripada CMC sebelum ia beroperasi sepenuhnya,” kata beliau.


Amerika Syarikat memilih Malaysia sebagai lokasi penubuhan CMC dalam usaha menyekat ideologi dan propaganda kumpulan militan Daesh menerusi internet.

Malaysia juga menjadi pusat rujukan CMC bagi negara-negara ASEAN, Australia dan New Zealand.

Selain Malaysia, Amerika Syarikat turut memilih Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menubuhkan CMC. – BERNAMA

Kategori