Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Lebih Banyak Pihak Diberi...

KANGAR - Kerajaan akan memberi peluang kepada lebih banyak pihak membuka Kedai Rakyat...

PKR Minta Parti Amanah...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan tetap komited untuk membawa masuk...

24 Tentera Dibunuh Di...

MOGADISHU - Sekurang-kurangnya 24 terbunuh ketika pertempuran antara tentera kerajaan, kumpulan al Shabaab...

10 Rumah Kedai Musnah...

ALOR SETAR - Sederet 10 rumah kedai berhampiran Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad,...

Zainal Abidin Kasim Dilantik Ketua Polis Kedah

ALOR SETAR – Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Beliau mengambil alih tugas Datuk Asri Yusoff yang akan menggalas jawatan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas antara mereka yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Zainal Abidin, 57, yang berasal dari Ulu Kinta, Perak menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2 Febi 1986 sebagai Asisten Superintendan memulakan latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Beliau yang sudah berkhidmat selama 32 tahun dalam PDRM berkata pengalamannya pernah menjadi Ketua Polis Daerah Kota Setar sebelum ini akan digunakan sebagai garis panduan dalam memimpin Kedah.

“Saya akan gunakan pengalaman yang ada untuk mengekang kegiatan gangsterisme dan dadah yang berlaku di Kedah dan saya akan pastikan apa yang dirancang oleh Asri mengenai pembasmian dadah akan diteruskan,” katanya.

Turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) negeri, Datin Bedah Dollah kepada Profesor Madya Datin Roseleena Mohamed Noor.


Sementara itu, Asri yang telah berkhidmat sebagai Ketua Polis Kedah selama satu tahun setengah berkata banyak kejayaan dicatat membabitkan kegiatan dadah di Kedah sepanjang tahun 2016 dan 2017.

“Sepanjang 2017, seramai 9,127 orang telah ditangkap bagi pelbagai kesalahan dadah berbanding 6,957 orang pada 2016 manakala 124 pengedar dadah telah ditangkap pada tahun 2017 berbanding 72 orang pada 2016.

“Kami juga berjaya merampas dadah berjumlah RM14.5 juta pada tahun lepas hasil 17 projek operasi di bawah Program Jihad Dadah Kedah yang kami lancarkan berbanding nilai rampasan RM6.4 juta pada tahun 2016,” katanya.

Beliau berharap ketua polis Kedah yang baharu akan meneruskan program jihad ini untuk membanteras kegiatan dadah dengan kerjasama daripada pelbagai agensi dan memastikan negeri Kedah sifar dadah. – BERNAMA

Kategori