Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tuntutan Harta Lebih RM2...

KUALA LUMPUR: Prosiding tuntutan harta sepencarian melebihi RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham...

Saudi Akui Khashoggi Mati...

RIYADH - Arab Saudi hari ini mengakui wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi dibunuh...

Sekolah Perlu Lebih Terbuka...

KUALA LUMPUR - Pihak sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah digesa lebih...

Dua Kes Omicron Libatkan...

JOHOR BAHRU - Dua kes Omicron melibatkan pasangan suami isteri jemaah umrah yang...

Zara ‘Tergamak’ Caj RM384 Untuk Kain Pelikat!

KAIN pelikat memang menjadi pakaian pilihan kaum bapa di Malaysia, Indonesia, India dan Bangladesh kerana mudah disarung dan selesa dibawa bersolat.

Lazimnya, harga sepasang kain pelikat hanyalah RM15 atau paling mahal pun hanya mencecah puluhan ringgit sahaja jika kualiti kainnya bagus.

Namun apa yang kelakarnya adalah, jenama fesyen terkemuka Eropah, Zara, turut memperkenalkan skirt yang diinspirasikan daripada kain pelikat dan harganya pula mencecah £69.99 (RM 384.15) sepasang!

Biasanya, kain pelikat didatangkan dengan corak kotak-kotak dan mempunyai pelbagai pilihan warna, namun skirt Zara ini hanya mempunyai satu warna iaitu warna coklat sahaja.

Kain pelikat atau dipanggil lungi di Asia Barat ini biasanya dipakai menggantikan seluar yang kurang selesa semasa cuaca panas terik.


Meskipun populariti kain pelikat telah merundum di kalangan generasi muda, namun pakaian tradisi ini menjadi pilihan warga tua yang  mahukan keselesaan maksimum.

Selepas ini, trend apa pula yang dikapitalisasikan oleh pereka fesyen Barat, ya? Mungkin batik pula yang akan diketengahkan dalam koleksi akan datang, sekaligus mengekalkan minat pencinta fesyen antarabangsa terhadap seni tekstil tradisional Asia! – MYNEWSHUB.CC

Kategori