Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DAP Bertegas Hukum Hudud...

KUALA LUMPUR - DAP mengulangi pendirian parti itu tidak bersetuju undang-undang Islam hudud...

Lelaki Lepaskan Tembakan, Rompak...

GEORGE TOWN - Seorang lelaki melepaskan satu das tembakan ketika merompak sebuah kedai...

Gandingan Amar, Nabila Hidupkan...

BUAT yang menggemari karya Hamka atau nama sebenarnya, Haji Abdul Malik Karim Amrullah...

HARI Pertama 2021 Yang...

KETIKA rencana ini mula ditulis, baru sahaja 5 minit Januari 2021 berakhir.Bermakna...

Zlatan Ibrahimovic ‘Angkat Kaki’ Lebih Awal?

PENYERANG Manchester United, Zlatan Ibrahimovic dilaporkan mungkin akan meninggalkan kelab sebelum berakhirnya kempen semasa, apabila dia menilai pilihan untuk kariernya pada masa hadapan.

Pemain berusia 36 tahun itu menandatangani kontrak baharu satu musim dengan pasukan Jose Mourinho pada Ogos ketika dia pulih dari kecederaan lutut yang serius dan kembali memberikan saingan pada pertengahan November.

United percaya pemain dari Sweden ini tidak akan menyambung kontraknya untuk kempen 2018-19 tetapi menurut Yahoo! Sport, dia mungkin akan meninggalkan Old Trafford seawal bulan depan.

Ibrahimovic dikatakan menarik minat kelab-kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) dan Liga Super di China, yang musimnya bermula pada bulan Mac dan dia dijangka akan dibentangkan dengan pelbagai tawaran untuk berpindah pada bulan depan atau dua bulan lagi.

Sementara itu, United, dilaporkan ingin mengekalkan pemain itu sehingga kontraknya berakhir pada bulan Jun tetapi mungkin akan membebaskannya lebih cepat untuk mendapat pembiayaan sebagai ganti.


Ibrahimovic, penjaring terbanyak musim lalu untuk United kini kembali tetapi dibelenggu masalah berkaitan kecederaan sebelum ini selaing perlu bersaing mendapatkan tempat dengan Romelu Lukaku. –sportsmole/mStar Online

Kategori