Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

TV AlHijrah Bersiaran 24...

SETELAH lima tahun dalam dunia penyiaran tanah air, stesen televisyen Islam Malaysia, TV...

‘Minta’ Tempoh 1 1/2...

LEBIH setahun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Fasha Sandha memberitahu bahawa...

150 Kedai Harga Patut...

JOHOR BHARU - Sebanyak 150 buah kedai harga patut akan diwujudkan dalam tempoh...

Azmin Diminta Bertenang, Jangan...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dinasihati supaya...

Zulin Aziz Akui Tak Kisah Kongsi Suami!

DALAM usia yang menjangkau 28 tahun, pelakon dan juga penyampai radio, Zulin Aziz menjelaskan bahawa dia mula memikirkan soal masa depan termasuk berkaitan jodoh.

Malah, Zulin juga turut mengatakan dia tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan suami orang.

“Bujang, duda atau suami orang bukan isu besar bagi saya. Asalkan dia memiliki kualiti yang saya cari dan mampu bersikap adil sekiranya berpoligami saya terima.

“Lagipun, siapa saya untuk persoalkan ketentuan Ilahi. Kalau boleh, memanglah mahu cari lelaki bujang tetapi saya tidak boleh terlalu ikut kehendak hati kerana soal jodoh bukan kuasa kita.

“Jadi, mana-mana isteri yang tidak mahu bermadu dengan saya, banyaklah berdoa semoga suami mereka tidak jatuh hati dengan saya,” katanya berseloroh dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu pelakon ini berkata lagi, sesiapa pun jejaka yang bakal mengisi ruang hidupnya, individu itu haruslah seseorang yang ikhlas menerima Zulin seadanya.


Pun begitu, pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz itu mendakwa dirinya masih belum memiliki jejaka istimewa yang layak digelar kekasih.

“Kawan ramai tapi belum ada yang berkenan di hati. Bukan memilih, cuma saya perlu berhati-hati. Pengalaman sebelum ini banyak mengajar saya untuk tidak terlalu mudah menerima seseorang.

“Kena kenal hati budi dahulu dan paling penting dia ikhlas mahu menyunting saya sebagai isteri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zulin dikatakan baru sahaja pulang daripada menjalani penggambaran program Travelog Kembara Mencari Laila terbitan Suria Malaysia di Pulau Jeju, Korea. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori