Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Gol Magis Ronaldo Dapat...

SELURUH peminat bola sepak tidak menafikan bahawa Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi merupakan...

Golongan Pendidik Di Sabah...

KOTA KINABALU - Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul minta agar semua...

Teguran Buat Tetamu Yang...

MENARIK sekali status pemilik akaun Facebook, Abd Ghani Haron mengenai sikap sesetengah tetamu...

Bekas ADUN DAP Sertai...

IPOH - DAP menerima tamparan paling hebat di Perak apabila seorang bekas wakil...

1,000 Penduduk Bukit Choras Dapat Jambatan Lebar

YAN – Kira- kira 1,000 penduduk di Kampung Bukit Choras Dalam, di sini menarik nafas lega apabila penantian mereka untuk mendapatkan jambatan konkrit yang lebar dan selamat, berakhir.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kos bagi kerja-kerja melebarkan jambatan lama yang berusia lebih 50 tahun itu ialah RM400,000 dan bermula sejak November lalu.

Projek tersebut membabitkan kerja-kerja melebarkan jambatan itu dari lapan kepada kira-kira 16 meter, membabitkan sejauh kira-kira 65 meter panjang dan dijadualkan siap sepenuhnya pada bulan lepas.

“Saya rasa bangga projek ini dapat disiapkan dalam tempoh singkat, selamat dan murah.

“Jambatan ini juga memberi kemudahan kepada pelajar tahfiz untuk berulang-alik ke rumah dan tidak timbul lagi masalah beratur panjang menunggu giliran untuk menaiki jambatan tersebut,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Pelebaran Jambatan Kampung Bukit Choras di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata selain kerja pelebaran, jambatan itu turut menyediakan anjung rehat di bahagian kiri dan kanannya bagi memberi peluang penduduk melihat pemandangan sekitar sungai itu, lampu serta besi penghadang yang lebih kukuh.


“Ini bukan kempen PRU (pilihan raya umum), tetapi kerja wakil rakyat menyediakan kemudahan yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Seorang penduduk, Salam Hamid, 52, berkata beliau sangat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan meluluskan dan menyiapkan jambatan yang menjadi nadi penghubung antara penduduk di sini dan penduduk kampung berdekatan.

“Jika dulu hanya sebuah kereta boleh melalui jambatan itu, namun sekarang lori padi pun boleh berselisih dan ia menjimatkan masa penduduk dalam urusan harian mereka, ” katanya.

Abdul Majid Idris, 82, berkata jambatan yang sempit sebelum ini juga menyebabkan jentera daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia gagal memasuki kawasan kampung sekiranya berlaku kebakaran.

“Jentera bomba terpaksa menggunakan jalan lain di Kota Sarang Semut di sini, menyebabkan ia lambat sampai dan kebakaran tidak dapat dipadamkan lebih awal, ” katanya. – BERNAMA

Kategori