Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Lebih 80 Peratus Kematian...

PUTRAJAYA - Kira-kira 86.3 peratus atau 1,126 kematian akibat Covid-19 adalah mereka yang...

Jangan Politikkan AES, Kata...

IPOH - Pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia...

QZ8501: Jasad Dipercayai Juruterbang...

JAKARTA - Pasukan penyelam yang ditugaskan mencari serpihan dan baki mangsa nahas pesawat...

Jangan Cuai Tangani Tuntutan...

KOTA KINABALU : Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) menyarankan kerajaan agar tidak cuai...

1,500 CCTV Mula Dipasang Di PA, PPR – DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang mengadakan pelbagai usaha mempertingkatkan keselamatan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) termasuk memasang 1,500 unit kamera litar tertutup (CCTV) bernilai RM19.3 juta.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata projek peringkat pertama ini melibatkan 48 PPR dan PA.

“Kesemua CCTV itu disewa daripada kontraktor terpilih dan kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan juga dilaksanakan oleh kontraktor terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata dengan adanya sistem CCTV akan memudahkan kerja memantau keadaan di PPR dan PA terlibat dari semasa ke semasa.

“DBKL tidak akan teragak-agak untuk mengusir penduduk yang didapati melakukan kesalahan di kawasan itu,” katanya.


Wan Mohammad Ghazali berkata DBKL juga akan mengguna pakai sistem ‘e-logger’, iaitu pemasangan cip pada lif yang akan memberi isyarat secara automatik dan segera kepada bilik kawalan DBKL sekiranya lif didapati mengalami masalah teknikal, tanpa perlu menunggu aduan penduduk.

Isu keselamatan terutama pecah rumah, curi motosikal dan kereta, dadah adalah antara masalah yang sering dibangkitkan oleh penduduk di PPR dan PA, dan dengan adanya usaha-usaha DBKL ini, isu-isu tersebut diharap dapat diatasi, katanya. – BERNAMA

Kategori