Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Contohi Pendekatan Nabi Muhammad...

KUANTAN - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bertitah menyeru umat Islam di negeri...

Ahmad Shabery Letak Jawatan...

KEMAMAN - Bekas Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan meletak...

Pesta Laut Pangkor Lumut...

LUMUT - Pesta Laut Pangkor Lumut 2015 yang diadakan setiap tahun merupakan antara...

“Memang Tak Berhati Perut...

TERKILAN dan sedih hati seorang lelaki apabila dua ekor anak anjing yang masih...

1MPAK Platform Bagi Graduan Cari Peluang Bisnes

SUNGAI PETANI – Graduan yang berminat menjadi usahawan kini berpeluang mencari peluang perniagaan bersesuaian menerusi program Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK).

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Majlis Amanah Rakyat (Mara) Zulfikri Osman berkata ini kerana maklumat tentang cara memulakan perniagaan selain pembiayaan keusahawanan disediakan dalam siri jelajah program itu ke 27 daerah terpilih di seluruh negara.

“Program ini antara lain adalah untuk membuka peluang pekerjaan. Bila bercakap tentang pekerjaan ini ada yang hendak bekerja dengan orang iaitu di syarikat mahupun (bekerja dengan) kerajaan, tetapi ada juga hendak bekerja sendiri iaitu semestinya keusahawanan.

“Jadi, daripada program ini ada gerai tertentu yang boleh beri maklumat kepada mereka dari segi macam mana hendak memulakan perniagaan, dapatkan latihan, bagaimana Mara dan agensi kerajaan lain yang boleh membantu, dengan siapa boleh berkolaborasi untuk membesarkan perniagaan,” katanya.

Zulfikri berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian 1MPAK di Maktab Rendah Sains Mara Merbok dekat sini yang disempurnakan Anggota Parlimen Merbok Prof Dr Ismail Daut. – BERNAMA

Kategori