Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Trio Negara Raih Gangsa...

KUALA LUMPUR - Trio negara meraih pingat gangsa acara recurve berpasukan lelaki selepas...

37 Tan Beras Import...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 37 tan beras dipercayai beras import yang diseludup masuk...

Isu Judi: Beberapa OCPD...

KUALA LUMPUR - Beberapa Ketua Polis Daerah diarah bertukar serta merta berikutan kegagalan...

Papan Selaju Dalam Filem...

Hoverboard merupakan papan luncur terapung yang telah dipopularkan dalam salah satu filem Back...

2 Beradik Ditahan Bantu Siasatan Kes Dera

BUKIT MERTAJAM – Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pembantu rumah warga Indonesia mereka mengalami beberapa kecederaan dipercayai didera di Taman Kota Permai 2, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata wanita dan lelaki masing-masing berumur 36 dan 39 tahun itu ditahan selepas hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPT untuk direkodkan keterangan pada 8 malam tadi.

“Mangsa berusia 21 tahun dan berasal dari Medan, Indonesia itu mengalami lebam pada kepala dan muka serta kecederan luka bernanah pada tangan dan kaki kiri serta kanan,” katanya di sini hari ini.

Katanya polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang merupakan pembantu kepada seorang wakil rakyat di Bukit Mertajam memaklumkan pembantu rumah berkenaan didera.

Beliau berkata lelaki itu mendapat maklumat berhubung perkara tersebut daripada kenalannya sebelum dia ke rumah majikan mangsa di Taman Kota Permai 2 untuk melihat sendiri keadaan mangsa.

Nik Ros Azhan berkata ketika tiba di rumah berkenaan, lelaki itu mendapati pembantu rumah tersebut sedang duduk di kawasan pagar luar rumah dan terdapat beberapa kecederaan pada badan wanita itu.

“Lelaki itu bertanya keadaan wanita tersebut, namun pembantu rumah itu hanya menganggukkan kepala dan dia (pengadu) berjumpa dengan pemilik rumah iaitu seorang wanita berusia lingkungan 60-an sebelum mengarahkan pengadu agar tidak masuk campur urusan mereka,” katanya.

Katanya itu, seorang wanita yang juga anak kepada pemilik rumah berkenaan telah pulang ke rumah dan membawa pembantu rumah tersebut keluar.

“Lelaki itu menghubungi majikan pembantu rumah tersebut dan memaklumkan dia akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebelum dua beradik terbabit hadir di IPD SPT semalam,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pembantu rumah itu bekerja di rumah berkenaan sejak dua tahun lepas, namun dia yang masih takut enggan memberikan keterangan lanjut.


“Mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan, manakala dua beradik itu direman untuk siasatan. Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengetahui siapa yang mendera mangsa dan sejak bila,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Nik Ros Azhan berkata polis menahan dua remaja lelaki berumur 16 dan 19 tahun kerana terlibat dalam kegiatan curi motosikal menerusi serbuan di pangsapuri Ampang Jajar, Permatang Pauh dekat sini semalam.

Katanya dua remaja itu ditahan pada 8.30 malam dan polis merampas sebuah motosikal yang dipercayai dicuri serta pelbagai komponen motosikal yang disimpan di sebuah rumah di situ.

“Berdasarkan siasatan, dua remaja itu terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal sejak beberapa bulan lepas dan mereka menjual terus kenderaan yang dicuri atau meleraikan komponennya sebelum ia dijual kepada mat rempit,” katanya.

Beliau berkata dua remaja yang tidak bekerja dan sudah tidak bersekolah itu kini direman bagi membantu siasatan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori