Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bukit Aman Panggil Dr...

KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan...

Kenapa Masa Depan Gelap...

PAKATAN Harapan yang diketuai DAP tidak akan berpuas hati selagi gagasan Malaysian Malaysia...

Siapakah Wanita Yang Solat...

PASTI ramai tertanya-tanya siapakah wanita dalam gambar yang viral di atas dan bawah yang...

Sanggup Lukis Tatu Restoran...

Glasgow – Hanya kerana ingin bapanya menikmati hidangan kari percuma di sebuah restoran...

2 Inspektor Polis Direman Berkaitan Kes Minta Wang

PUTRAJAYA – Dua Inspektor polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ditahan reman tiga hari bagi siasatan kes meminta rasuah untuk menyelesaikan kes dalam siasatan polis.

Majistret Siti Nabilah Abdul Rashid mengeluarkan perintah tahanan reman mulai hari ini hingga 8 Feb selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua pegawai polis berkenaan yang berusia 31 dan 33 tahun itu ditahan di Petaling Jaya semalam (Isnin) dan ketika ditahan SPRM turut menyita wang tunai RM15,000 daripada mereka.

Mereka disiasat berkaitan kes pegawai polis meminta rasuah berjumlah RM40,000 daripada seorang individu sebagai ganjaran supaya individu itu tidak ditangkap berkenaan kes pelaburan yang dalam siasatan, katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori