Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Aset ‘Raja Dadah’ Malaysia...

KANGAR: Nilai aset seorang rakyat Malaysia digelar sebagai Raja Dadah yang ditahan di...

Lawak! Inilah Jadinya Kalau...

LUMRAH menjadi seorang lelaki, bab menghias atau mereka sesuatu benda bukanlah satu kemahiran...

PM Saksi MoU Pertandingan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan majlis...

Penjenamaan Bas Muafakat Johor...

MUAR - Perkhidmatan Bas Harapan Johor yang disediakan secara percuma kepada rakyat negara...

2 Pengedar Dadah Ditahan Di Butterworth

BUTTERWORTH – Seorang lelaki yang dipercayai pengedar dadah dan dalam perjalanan untuk menghantar bekalan bahan terlarang itu kepada pembelinya, ditahan bersama heroin bernilai RM4,100 berhampiran Plaza Tol Perai, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata sepasukan polis menahan kereta jenis Proton Perdana dipandu lelaki berusia 36 tahun itu kira-kira pukul 12.05 tengah malam tadi.

“Hasil pemeriksaan awal ke atas lelaki yang tidak bekerja itu, polis merampas satu bungkusan heroin seberat 230.4 gram bernilai RM4,100 di dalam kereta dipandu suspek yang dipercayai pengedar dadah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya polis turut merampas dua buah motosikal di rumah suspek di Kubang Semang, yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pengedaran dadah, dan berdasarkan siasatan, suspek mendapatkan bekalan heroin berkenaan daripada sindiket sebelum membungkus semula dan menjual kepada pelanggannya.

Sementara itu, beliau berkata polis menahan seorang pemandu lori berusia 49 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Pintas Sembilang 7, Seberang Jaya di sini kira-kira pukul 10.30 malam tadi.
​​​​​​​
​​​​​​​Nik Ros Azhan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu rumah itu dan menahan lelaki berkenaan serta merampas 26 plastik lutsinar mengandungi dadah jenis ganja seberat 366.45g dan 16 biji pil eramin 5 bernilai RM3,150 bersama pemandu lori tersebut.

“Suspek yang merupakan anggota sindiket pengedaran dadah mendapatkan bekalan daripada kumpulannya sebelum menjual semula di beberapa pusat hiburan di sekitar daerah SPT,” katanya.

Katanya kedua-dua lelaki yang positif dadah dan mempunyai pelbagai rekod lampau itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menahan dua mat rempit berusia 23 dan 24 tahun yang sedang berlumba haram dan melakukan aksi berbahaya di LLB, di sini malam tadi.

“Dalam Op Samseng Jalanan yang bermula pukul 11 malam itu, polis yang berpakaian preman dan membuat penyamaran berjaya menahan dua lelaki itu sedang berlumba dan melakukan pelbagai aksi berbahaya di lebuh raya berkenaan. Polis turut menyita dua buah motosikal Yamaha 125z milik dua mat rempit itu,” katanya.

Katanya dua lelaki yang bekerja sendiri itu kini direman selama tiga hari dan mereka disiasat menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori