KOTA KINABALU – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 117 mangsa banjir daripada 33 keluarga di Kota Marudu, kira-kira 130 kilometer dari sini, ditutup tengah hari tadi.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, pengumuman penutupan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan dan PPS Bangunan Rukun Tetangga Salimandut dibuat oleh Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Bencana Daerah Kota Marudu Arnold Joibi kira-kira pukul 1 tengah hari.
Kesemua mangsa berkenaan ditempatkan di dua PPS itu semalam selepas perkampungan mereka dilanda banjir sejak pukul 5 petang. – BERNAMA