Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nenek Berusia 65 Tahun...

SELEPAS beberapa kali cuba untuk mengandung melalui kaedah persenyawaan luar rahim, seorang wanita berusia...

Agong Berangkat Ke Majlis...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

Banteras Judi Dalam Talian...

ALOR SETAR – Usaha membanteras kegiatan perjudian haram terutamanya secara dalam , maksiat...

Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Berikut adalah intipati Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan Perdana...

3.6 Juta Penduduk 18 Tahun Ke Atas Hidap Kencing Manis

SERIUS… Sebanyak 3.6 juta penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit kencing manis dan jumlah itu semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata semakin ramai juga tidak menyedari mereka menghidap penyakit tersebut hingga selepas menjalani ujian saringan yang dilaksanakan menerusi program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN).

“Jika kita perhatikan, walaupun tidak makan benda manis, ramai antara kita yang cenderung mengambil minuman manis sama ada tin atau botol, yang semuanya tinggi kandungan gula.

“Kita mahu menggalakkan masyarakat agar menukar gaya pemakanan ‘suku suku separuh’ serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti berjalan 10,000 langkah sehari, berjoging, mendaki, berbasikal dan sebagainya,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Pahang (Zon Barat) di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Bentong hari ini.


Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas negeri Pahang, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Sha’ari Ngadiman.

Dr. Hilmi turut mengingatkan mereka yang menjual produk makanan tambahan untuk tidak mempromosi kononnya ia boleh mengubati penyakit kronik kerana perkara itu perlu dibuktikan terlebih dahulu menerusi kajian. – BERNAMA

Kategori