Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

UPSR Dihapus Tidak Lama...

KUALA LUMPUR – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pasti akan dimansuhkan untuk memberi...

Ucapan ‘Win’ Neelofa Buat...

SEBELUM ini kecoh di media sosial mengenai usahawan, Neelofa kononnya bersedih hati di...

Harga ECRL Boleh Dikurangkan...

KUALA LUMPUR — Tun Daim Zainuddin menzahirkan keyakinan bahawa harga projek Laluan Rel...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini, seiring dengan...

3 Beranak Melecur Dalam Kebakaran Di Keningau

KOTA KINABALU – Tiga orang melecur termasuk seorang bayi selepas rumah yang didiami mereka di Kampung Mempias, Jalan Sinua, kira-kira 80 kilometer dari bandar Keningau, terbakar malam tadi.

Mereka yang cedera dalam kejadian berkenaan dikenali sebagai Yesmin Jubilik, 26, yang melecur di kaki, isterinya Petronella Jems, 38, melecur di tangan dan kaki serta bayi mereka Elisa Wanda berumur 11 bulan yang melecur di bahagian muka.

Sementara itu, bapa, ibu dan adik lelaki Yesmin yang turut berada di dalam rumah berkenaan ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan dan Bomba dan Penyelamat Sabah, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.27 malam namun rumah berkenaan sudah terbakar sepenuhnya ketika empat anggota bomba dengan sebuah jentera tiba di lokasi kejadian.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 10.40 malam. – BERNAMA

Kategori