Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Meta Dipanggil Ke Pejabat...

SHAH ALAM - Penyedia platform, Meta dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada Isnin...

Tentera Myanmar Sahkan Rampasan...

YANGON - Tentera Myanmar mengesahkan rampasan kuasa daripada kerajaan sah negara itu. BBC melaporkan...

Pengedar Maut Dipercayai Berebut...

KLUANG - Seorang lelaki ditemui maut dipercayai akibat berebut kawasan mengedar dadah dengan...

Penganggur Didenda RM600 Curi...

SEORANG penganggur dijatuhi hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret Melaka selepas mengaku bersalah...

3 Jalan Di Perlis Dikenal Pasti Kerap Berlaku Kemalangan

PADANG BESAR – Tiga jalan utama di Perlis dikenal pasti sebagai kawasan paling kerap berlaku kemalangan, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Perlis, P. Kalai Kumar.

Beliau berkata jalan itu ialah Jalan Kangar-Alor Setar, Jalan Kangar-Padang Besar dan Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis yang sering merekodkan peratus kemalangan dan kematian tertinggi di negeri ini.

Katanya, menurut statistik Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perlis, sebanyak 68 kemalangan melibatkan kematian dicatatkan pada 2017, berbanding tahun sebelum itu sebanyak 70 kes.

“Kebiasaannya kemalangan membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal dan kadar kematian boleh dikurangkan dengan mematuhi peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2018 peringkat negeri di sini, hari ini.

Pada program itu, pelbagai aktiviti diadakan antaranya penerangan tentang perjalanan selamat, inisiatif tentang keselamatan jalan raya (pelekat pemantul cahaya), penukaran topi keledar lama kepada baharu dan sumbangan topi keledar kanak-kanak.


Sementara itu, Ketua JSPT Perlis DSP Rusli Yahya berkata sebanyak 1,924 kemalangan direkodkan pada 2017 berbanding 2,064 kes pada 2016 dan ini menunjukkan penurunan sebanyak 140 kes.

Jumlah saman yang dikeluarkan pula menunjukkan peningkatan, iaitu sebanyak 51,098 pada 2017 berbanding 42,528 pada 2016, katanya. – BERNAMA

Kategori