Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tiga Hari Tidak Makan,...

GEORGE TOWN - "Tiga hari saya tak makan, tak tidur bila dapat tahu...

Jangkitan Tempatan Covid-19 Pertama...

BEIJING - China merekodkan kes jangkitan tempatan Covid-19 pertama dalam tempoh tiga hari.Bagaimanapun,...

Hantaran Najib Meresahkan Mahathir

MUNGKINKAH pertuduhan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditambah...

Gadis Pasang Pendakap Gigi...

KUALA TERENGGANU - Gara-gara menyediakan perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram di sebuah...

3 Kenderaan JPJ Musnah Dibakar Di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – Tiga kereta milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan dua kereta lain musnah dalam kebakaran di tempat letak kereta Jambatan Timbang JPJ, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Aziz Md Nor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.36 pagi itu, dua buah kereta JPJ jenis Fortuner dan satu lagi jenis Ford Ranger telah musnah 90 peratus.

Bagaimanapun dua buah kereta jenis Volvo hanya sempat terbakar sebanyak 70 peratus. Nilai kerugian keseluruhan akibat insiden tersebut masih belum dapat ditaksirkan lagi.

“Kita berjaya mengambil masa sekitar 15 minit untuk mengawal kebakaran itu dan operasi tamat kira-kira pukul 3.46 pagi,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut Aziz, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian tersebut dan punca kebakaran misteri berkenaan masih dalam siasatan pihak bomba. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori