Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Isu Komik Propaganda Hangatkan...

KUALA LUMPUR - Isu komik `Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' menghangatkan...

GAMBAR: Bila Aktres Filipina...

Kita sedia maklum, aktres Filipina boleh dikatakan antara pelakon wanita paling daring dan...

Jack Ma : Alibaba...

ALIBABA, konglomerat digital yang berteraskan perdagangan elektronik, menjadikan Jack Ma antara lelaki terkaya...

Isu RM2.6 Billion Selesai...

PETALING JAYA - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu RM2.6 bilion yang...

3 Rakan Didakwa Edar Kad, Gegantung Ah Long

KUANTAN – Tiga sahabat termasuk seorang remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengedar gegantung dan kad pinjaman wang tidak berlesen pada Selasa lalu.

Ketiga-tiga tertuduh Yap Joon Seong, 29, Teh Wui Hong, 25 dan remaja berumur 16 tahun itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nursyuhada Tuan Mamat.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan tempat letak kereta sebuah restoran di Jalan Gambang Kuantan pada 11.30 pagi Selasa lepas, dengan tujuan untuk mengelirukan dan tidak jujur bagi mendorong mana-mana orang meminjam wang menerusi nombor telefon yang tertera pada kad dan gegantung berkenaan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan dibacakan dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Shahrizzat Amadan meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal kerana ia melibatkan kepentingan awam selain kes pinjaman wang tidak berlesen atau ah long ini juga boleh mendorong kepada jenayah kekerasan lain.

Bagaimanapun peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nurul Syafiqa Syeba Atan meminta kesemua tertuduh agar dikenakan hukuman ringan memandangkan masing-masing berpendapatan tidak sampai RM2,000 dan mempunyai tanggungan.


“Kanak-kanak ini pula terpaksa menanggung neneknya yang uzur,” katanya.

Mahkamah kemudian mendenda Yap dan Teh sebanyak RM2,000, manakala kanak-kanak itu pula dibenarkan diikat jamin RM1,000 sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Nursyuhada kemudian menetapkan 14 Mac untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori