Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Abou Bakar Al-Mel Sah...

KOTA BHARU - Penyerang skuad kebangsaan Lubnan, Abou Bakr Al-Mel sah milik pasukan...

Jerebu: 538 Buah Sekolah...

SHAH ALAM - Keadaan jerebu yang berterusan telah mengakibatkan 584,595 pelajar terjejas susulan...

Sambutan Earth Hour Di...

KUALA LUMPUR - Suasana malap selama sejam di sekitar pusat beli-belah Plaza Sungei...

PRU15: Maszlee Ajak Calon...

KLUANG - Penyandang Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dari Parti Keadilan Rakyat...

320 Mangsa Banjir Di 5 Pusat Pemindahan Di Sarawak

KUCHING – Seramai 320 mangsa daripada 68 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir di negeri ini setakat 8 pagi ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata semua mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan di tiga bahagian di negeri ini.

“Di Kuching, seramai 281 mangsa daripada 58 keluarga di tempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu Surau Ar Rahman Kampung Sungai Batu, Masjid Darul Mustaqin Kampung Buntal dan SMK Tabuan Jaya,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Beliau berkata di Samarahan pula, 23 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Dewan Pembangunan Sebuyau.

“Di Serian, sebanyak 16 mangsa daripada lima keluarga kini berada di Dewan Betong Kenawit, Kampung Betong Kenawit,” katanya. – BERNAMA

Kategori