Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bakal Pelatih Pusasda Maut...

SEREMBAN - Seorang pemuda yang bakal mendaftar sebagai pelatih di Pusat Latihan Asas...

Lelaki Beri Minuman Keras...

BALIK PULAU - Lelaki yang ditahan kerana disyaki memberi minuman keras kepada bayi...

Zain Akan Terus Pujuk...

ALAHAI... Aktres Rozita Che Wan berkata dia belum bersedia untuk menambah anak seperti...

Penampakan Entiti Seram Dalam...

MUNGKIN kisah yang dikongsikan ini akan membuatkan anda kecut perut pada permulaannya tapi selepas...

34 Orang Tinggal Sehelai Sepinggang Rumah Musnah

BINTANGOR – Tiga puluh empat orang daripada enam keluarga di Kampung Muhibah, Jalan Abang Amin di sini, tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran kira-kira 1 petang tadi.

Empat rumah lagi yang terletak berdekatan, turut musnah 50 peratus berikutan api merebak dengan cepat akibat angin bertiup kuat semasa kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.

“Api merebak dengan cepat disebabkan keadaan rumah di kawasan tersebut dibina menggunakan kayu dan kedudukan yang rapat.

“Pasukan bomba juga berdepan kesukaran ketika memadamkan kebakaran disebabkan tekanan air di kawasan tersebut rendah,” katanya bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 1.05 petang dan jentera tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.


Beliau berkata punca dan jumlah kerugian harta benda ekoran kebakaran itu masih dalam siasatan. – BERNAMA

Kategori