Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tambahan RM2 Juta Untuk...

PASIR PUTEH - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan menerima peruntukan tambahan RM2...

Polis Dihargai, Dapat Bunga...

GAMBAR seorang kanak-kanak memberikan sekuntum bunga kepada seorang anggota polis trafik menjadi viral...

Peruntukan RM2.3 Bilion Dalam...

KUALA LUMPUR - Penyenaraian 10 projek baharu bernilai RM2.3 bilion bagi menaik taraf...

Lelaki Maut Dilanggar Lori...

TAIPING - Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kecederaan pada bahagian kepala selain...

4 Kanak-Kanak Hilang Dalam Hutan Di Simunjan

KUCHING – Empat kanak-kanak berusia antara 10 dan 14 tahun dikhuatiri hilang selepas melarikan diri ke dalam hutan sejak petang semalam di Kampung Telagus, Simunjan kira-kira 100 kilometer dari sini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata terdahulu kanak-kanak itu masing-masing dua lelaki dan dua perempuan dimarahi oleh anggota keluarga selepas mandi sungai sebelum bertindak melarikan diri.

“Pada 8.23 pagi tadi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan telah menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan berhubung kejadian tersebut. BBP Simunjan telah menggerakkan aset bersama lima anggota ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

Beliau berkata setakat 10.15 pagi tadi, kesemua empat kanak-kanak tersebut masih belum ditemui. – BERNAMA

Kategori