Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

RM500,000 Projek Tebatan Banjir...

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk menaik...

Ancaman Bom Palsu Di...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan tiada bahan letupan ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan...

Sambut Baik Pecat Ketua...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) menyambut baik langkah memecat ketua kampung...

Harga Kereta Di Singapura...

SINGAPURA – Jika berminat membeli kereta di Singapura, anda boleh dianggap sebagai antara...

40 Jualan Sentuhan Rakyat Di Kelantan Sehingga Jun

GUA MUSANG – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan akan mengadakan 40 program Jualan Sentuhan Rakyat di negeri itu sehingga Jun tahun ini.

Pengarahnya Datuk Abdul Ghani Harun berkata program itu yang menawarkan barang keperluan pada harga lebih rendah dijangka memberi faedah kepada lebih 100,000 penduduk luar bandar.

“Setakat ini sebanyak 17 program berkenaan dilaksanakan yang memberi faedah kepada lebih 51,000 penduduk berikutan semua barangan keperluan yang dijual pada harga yang tidak membebankan perbelanjaan mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Gua Musang 2018 oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Paloh Datuk Nozula Mat Diah di Rancangan Tanah Felda Chiku 5 di sini.

Abdul Ghani berkata setiap program yang diadakan dapat menarik 2,000 hingga 3,000 pengunjung dan maklum balas yang diterima menunjukkan rakyat di kawasan luar bandar gembira kerana dapat mengurangkan perbelanjaan harian mereka.


Beliau berkata kerajaan persekutuan menerusi KPDNKK peka dengan beban perbelanjaan rakyat berikutan peningkatan harga barang. – BERNAMA

Kategori